title

title
Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SMK Tengku Mahmud 2 (TeMa2)

Buletin Aksara April

Posted by Unknown 6:49 PG, under | No comments


ICT Tips : Anti-Virus

Posted by Unknown 3:05 PG, under | No comments


ICT Security Tips : Internet Browsing Best Practices

Posted by Unknown 3:02 PG, under | No comments


ICT Security Tips: E-mail

Posted by Unknown 2:59 PG, under | No comments


SYURGA UNTUK GOLONGAN TAAT

Posted by Unknown 10:24 PTG, under | No comments

  
Salam Sejahtera

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan.” Mereka bertanya: “Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda: Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan."                          (Riwayat Bukhari)


Huraian

1. Dunia ini adalah kerajaan Allah SWT. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah. Manusia merupakan khalifah Allah, diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan memikul amanah Allah SWT.
2. Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah SWT, dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah SWT. Orang yang bahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah SWT dan Rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri daripada pengajaran Allah SWT dan Rasul-Nya.
3. Manusia ditugaskan memikul amanah dan melaksanakannya ketika berada di dunia yang fana dan penuh cabaran ini. Semua amanah itu sebagai persiapan untuk kehidupan yang dirahmati oleh Allah SWT selamanya di negeri yang abadi.
4. Kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya yang seterusnya menyampaikan manusia ke suatu tempat sama ada ke syurga atau ke neraka.

ICT Security Tips: Malware

Posted by Unknown 2:57 PG, under | No comments


LARANGAN MENARIK BALIK SEDEKAH

Posted by Unknown 10:18 PTG, under | No comments

  
Salam Sejahtera

Daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya: “Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda”. Nabi bersabda kepadanya: “Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu”.                                                                                                         (Riwayat al-Bukhari)
Huraian

1.    Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain.

2.    Naluri manusia yang tidak suci atau ikhlas akan mengakibatkan sifat riyak iaitu untuk mendapat pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya yang akan menyebabkan sedekah yang dilaksakan menjadi sia-sia  di sisi Allah SWT.

3.    Menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipat ganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda.

ICT Tips: Keyboard Shortcuts

Posted by Unknown 2:51 PG, under | No comments


MEMUTUSKAN SILATURAHIM SATU DOSA BESAR

Posted by Unknown 10:16 PTG, under | No comments

  Salam Sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim”.
                                                                                                                                (Riwayat al-Bukhari)
Huraian

1.    Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

2.    Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam. Golongan yang suka memutuskan hubungan merupakan golongan yang dibenci Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari”.

3.    Mewujudkan silaturahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak-ansur dan sebagainya.

4.    Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang Muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

5.    Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri.

DENGKI DAN IRI HATI BIARLAH PADA TEMPATNYA

Posted by Unknown 10:14 PTG, under | No comments

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.                                                                                           (Riwayat Bukhari)
 
Huraian

1.    Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja.

2.    Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3.   Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan di dalam dua perkara:

 i.   Merasa iri hati terhadap orang kaya yang membelanjakan hartanya di jalan yang                         diredhai Allah.
ii.  Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta  mengajarkannya pula kepada orang lain.

4.    Dengki yang dikehendaki di dalam hadis di atas ialah, dengki yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri seseorang itu dengan meniru perbuatan baik individu yang didengkinya.

Multimedia Super CorridorPortal Kerajaan MalaysiaJabatanWarisanKPKKJabatanArkib NegaraASWARAFINASFilem Negara MalaysiaPerbadananKraftangan MalaysiaMuzium NegaraBernamaBalaiSeniLukis NegaraJabatanKebudayaan& Kesenian NegaraIstana BudayaSuruhanjayaKomunikasi Multimedia MalaysiaInstitutPenyiaran& PenyiaranTun Abdul RazakJabatanPenerangan MalaysiaJabatanPenyiaran MalaysiaJASA

Tags

Blog Archive