title

title
Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SMK Tengku Mahmud 2 (TeMa2)

KUIZ MAULIDUR RASUL 1434 SIRI 1 - 20 JANUARI 2013

Posted by Unknown 7:00 PTG, under | No comments


Kuiz ini diadakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1.  Terbuka kepada semua pelajar Tema2
2.  Sebanyak 30 soalan struktur akan
dikemukakan dan wajib dijawab dalam tempoh 2 minggu bermula 20 Januari 2013 dan berakhir 31 Januari 2013.
3.  3 - 5 soalan akan dikemukakan setiap hari pada waktu rehat iaitu 10.20 pagi hingga 10.50 pagi.
4.  Jawapan bagi setiap soalan perlu dikumpul bermula 20 Januari 2013 dan berakhir 31 Januari 2013 pada kertas jawapan yang akan disediakan.
5.  Rujukan boleh dibuat di Sudut Kuiz Maulidur Rasul di dalam Perpustakaan. Buku-buku rujukan yang telah disediakan perlu dikembalikan ke tempat asal setelah digunakan.
6.  Hadiah lumayan menanti anda.

Soalan Hari Pertama 20 Januari 2013

1. Apakah maksud Munafiq?

2. Siapakah sahabat pertama yang memeluk agama Islam?

3. Bagaimanakah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta jarahan (harta rampasan perang)?

4. Rasulullah S.A.W pernah dalam satu peperangan selepas Perjanjian Hudaibiyah telah diracun oleh seseorang dengan meletakkan racun yang banyak di bahagian paha daging kambing bakar, makanan kesukaan Rasulullah S.A.W. Setelah Rasulullah S.A.W. menggigit dagingnya, tulang kambing itu memberitahu Baginda bahawa dia telah diracun, maka Baginda memuntahkan daging yang ada di dalam mulutnya. Siapakah yang meracuni kepada Rasulullah S.A.W.?

5. Di dalam satu peperangan, Rasulullah S.A.W. menerima usul Salman Al-Farisi agar dibuat parit di sekeliling Madinah. Baginda memerintahkan penggalian parit di pinggiran Madinah yang kemungkinan menjadi jalan penyerbuan musuh, dengan cara dibahagi secara rata, setiap sepuluh orang menggali 40 hasta. Dalam penggalian itu, mereka menjumpai batu besar dan keras, yang susah untuk dipecahkan, sehingga mereka mengadukannya kepada Rasulullah S.A.W. Baginda mengambil kapak, membaca Bismillah, lalu menghayunkannya ke batu tersebut sehingga sepertiga batu tersebut terbelah. Waktu itu Baginda berkata:" Allahu Akbar. Aku diberi kunci penaklukan negeri Syam. Demi Allha, aku benar-benar melihat Istana Merah, Insya Allah." Setelah itu, baginda menghayunkannya untuk kedua kalinya sehingga sepertiganya lagi terbelah. Waktu itu baginda berkata: "Allahu Akbar aku diberi kunci penaklukan negeri Parsi. Demi Allah, aku benar-benar melihat Istana Madain yang putih." Baginda menghayunkannya untuk kali ketiga seraya mengucapkan Bismillah sehingga batu yang tersisa pun terbelah. Waktu itu Baginda berkata, "Allahu Akbar aku diberi kunci penaklukan negeri Yaman. Demi Allah, aku benar-benar melihat pintu-pintu Shana'a dari tempatku ini." Banyak mukjizat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. dalam peperangan ini seperti tanah yang keras menjadi pasir. Apakah nama peperangan tersebut?


0 comments:

Catat Ulasan

Multimedia Super CorridorPortal Kerajaan MalaysiaJabatanWarisanKPKKJabatanArkib NegaraASWARAFINASFilem Negara MalaysiaPerbadananKraftangan MalaysiaMuzium NegaraBernamaBalaiSeniLukis NegaraJabatanKebudayaan& Kesenian NegaraIstana BudayaSuruhanjayaKomunikasi Multimedia MalaysiaInstitutPenyiaran& PenyiaranTun Abdul RazakJabatanPenerangan MalaysiaJabatanPenyiaran MalaysiaJASA

Tags

Blog Archive