title

title
Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SMK Tengku Mahmud 2 (TeMa2)

PERATURAN

Posted by http://smkdatohajimohdsaid.blogspot.com/ 9:21 PG, under |

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Disiplin

  • Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
  • Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
  • Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
  • Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
  • Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  • Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
  • Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  • Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

  • Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
  • Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
  • Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.


Pakaian

  • Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
  • Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.

Multimedia Super CorridorPortal Kerajaan MalaysiaJabatanWarisanKPKKJabatanArkib NegaraASWARAFINASFilem Negara MalaysiaPerbadananKraftangan MalaysiaMuzium NegaraBernamaBalaiSeniLukis NegaraJabatanKebudayaan& Kesenian NegaraIstana BudayaSuruhanjayaKomunikasi Multimedia MalaysiaInstitutPenyiaran& PenyiaranTun Abdul RazakJabatanPenerangan MalaysiaJabatanPenyiaran MalaysiaJASA

Tags

Blog Archive