title

title
Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SMK Tengku Mahmud 2 (TeMa2)

DENGKI DAN IRI HATI BIARLAH PADA TEMPATNYA

Posted by Unknown 10:14 PTG, under | No comments

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.                                                                                           (Riwayat Bukhari)
 
Huraian

1.    Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja.

2.    Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3.   Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan di dalam dua perkara:

 i.   Merasa iri hati terhadap orang kaya yang membelanjakan hartanya di jalan yang                         diredhai Allah.
ii.  Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta  mengajarkannya pula kepada orang lain.

4.    Dengki yang dikehendaki di dalam hadis di atas ialah, dengki yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri seseorang itu dengan meniru perbuatan baik individu yang didengkinya.

0 comments:

Catat Ulasan

Multimedia Super CorridorPortal Kerajaan MalaysiaJabatanWarisanKPKKJabatanArkib NegaraASWARAFINASFilem Negara MalaysiaPerbadananKraftangan MalaysiaMuzium NegaraBernamaBalaiSeniLukis NegaraJabatanKebudayaan& Kesenian NegaraIstana BudayaSuruhanjayaKomunikasi Multimedia MalaysiaInstitutPenyiaran& PenyiaranTun Abdul RazakJabatanPenerangan MalaysiaJabatanPenyiaran MalaysiaJASA

Tags

Blog Archive