title

title
Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SMK Tengku Mahmud 2 (TeMa2)

LARANGAN MENARIK BALIK SEDEKAH

Posted by Unknown 10:18 PTG, under | No comments

  
Salam Sejahtera

Daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya: “Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda”. Nabi bersabda kepadanya: “Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu”.                                                                                                         (Riwayat al-Bukhari)
Huraian

1.    Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain.

2.    Naluri manusia yang tidak suci atau ikhlas akan mengakibatkan sifat riyak iaitu untuk mendapat pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya yang akan menyebabkan sedekah yang dilaksakan menjadi sia-sia  di sisi Allah SWT.

3.    Menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipat ganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda.

0 comments:

Catat Ulasan

Multimedia Super CorridorPortal Kerajaan MalaysiaJabatanWarisanKPKKJabatanArkib NegaraASWARAFINASFilem Negara MalaysiaPerbadananKraftangan MalaysiaMuzium NegaraBernamaBalaiSeniLukis NegaraJabatanKebudayaan& Kesenian NegaraIstana BudayaSuruhanjayaKomunikasi Multimedia MalaysiaInstitutPenyiaran& PenyiaranTun Abdul RazakJabatanPenerangan MalaysiaJabatanPenyiaran MalaysiaJASA

Tags

Blog Archive