title

title
Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SMK Tengku Mahmud 2 (TeMa2)

LARANGAN MEMINTA-MINTA DAN MENZAHIRKAN KEFAKIRAN

Posted by Unknown 10:11 PTG, under | No comments

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah SWT telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah SWT benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah SWT mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.                                                                                                               (Riwayat Baihaqi)
 
Huraian : 

1.    Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai nikmat kurniaan Allah SWT sama ada berupa kesihatan, penglihatan, pendengaran, kekayaan, kebijaksanaan, pekerjaan, pangkat dan sebagainya. Oleh itu sebagai menunjukkan tanda kesyukuran tersebut, sewajarnya nikmat-nikmat itu digunakan semaksimanya dengan cara sentiasa berusaha ke arah kebaikan diri, agama, bangsa dan negara.

2.    Menzahirkan kefakiran dan bersikap suka meminta-minta adalah antara sifat orang yang kufur nikmat kerana ia tidak memanfaatkan nikmat yang sedia ada untuk berusaha dan berikhtiar mengubah nasibnya, bahkan cara ini sebenarnya menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai perasaan malu yang sekali gus merendahkan maruah dirinya sendiri.

3.    Malu adalah salah satu daripada cabang iman di mana pengertian malu mengikut syarak itu ialah perasaan yang mendesak seseorang itu supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar tentang pengawasan Allah atas gerak-geri yang menyebabkan ia terpelihara zahir dan batin daripada perbuatan dan unsur-unsur yang mengundang kemurkaan Allah.

PENGHANTARAN BUKU PINJAMAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Posted by Unknown 1:30 PG, under | No comments

Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang meminjam buku dan bahan daripada Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, anda dikehendaki memulangkan bahan pinjaman sebelum 31 Oktober 2013 (Khamis).

SENYUMAN SUATU SEDEKAH

Posted by Unknown 10:10 PTG, under | No comments

Daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya”.                                                                                                                   Riwayat Ahmad
 
Huraian

1.    Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.

2.    Setiap mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah. Ini kerana senyuman dapat mempengaruhi penampilan seseorang sehingga orang merasa lebih dihargai.

3.    Inilah kelebihan Islam yang menggalakkan umatnya sentiasa mengamalkan akhlak karimah dan memperincikan setiap ajarannya dari setiap sudut termasuklah berkaitan dengan senyuman.

PERKHEMAHAN

Posted by Unknown 10:51 PTG, under | No comments


AMAZING BOOK SALE 2013

Posted by Unknown 7:19 PTG, under | No comments






KURSUS PEMUNGGARAN PdP MAYA VLE FROG SIRI 2

Posted by Unknown 6:58 PTG, under | No comments




Kursus lanjutan bagi pengajaran dan pembelajaran Maya VLE Frog Siri 2 bagi SMKTM2 telah dijalankan dengan  jayanya. Pelbagai halangan terpaksa dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan dan menghadiri kursus ini, namun, ia berjaya dilaksanakan.

AMAZING BOOK SALE 2013

Posted by Unknown 6:56 PTG, under | No comments

Perhatian kepada semua warga TeMa2... Anda semua dijemput hadir ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu..

ALLAH GEMBIRA MENERIMA TAUBAT HAMBA

Posted by Unknown 10:07 PTG, under | No comments

Daripada  Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda  “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu). Bukhari dan Muslim
 
Huraian Hadith: 

1.   Gembira bagi manusia adalah perasaan yang timbul dalam hati disebabkan tercapainya apa yang diingini manakala bagi Allah gembira adalah salah satu sifat yang layak bagi-Nya dan ia bukan seperti kegembiraan makhluk.

2.         Allah swt suka menerima taubat hamba-Nya dan menyuruh mereka sentiasa bertaubat dan penerimaan taubat hamba adalah salah satu rahmat Allah yang besar.

3.         Kesalahan yang tidak disengajakan tidak dianggap salah dan tidak berdosa.

4.       Allah sangat gembira menerima taubat seorang hamba melebihi kegembiraan orang yang mendapat kembali barang yang disayanginya.

HARAM MENGKHIANATI SESAMA ISLAM

Posted by Unknown 10:06 PTG, under | No comments

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan ke dadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” H.R at-Tirmizi
 
Huraian Hadith: 

1.    Menghina seorang muslim adalah dosa kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.

2.    Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah serta harta benda sesama saudara Islam yang lain.

3.    Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari yang akan melahirkan perbuatan atau perkataan yang didorong oleh sifat itu.

KURSUS CELIK ICT SIRI 1

Posted by Unknown 10:33 PTG, under | No comments

 
Pada 31 Julai yang lalu pasukan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengikuti Kursus Celik IT Siri 1. Dalam kursus tersebut  kesemua pengawas diberi tunjuk ajar mengenei cara-cara untuk mendaftar akaun Gmail yang telah diselia oleh Cikgu Faoni. Kesemua pengawas diwajibkan mempunyai akaun Gmail bagi memudahkan untuk mengikuti dan juga mengemaskini blog Pusat Sumber Sekolah yang telah dibina sebelum ini.

Multimedia Super CorridorPortal Kerajaan MalaysiaJabatanWarisanKPKKJabatanArkib NegaraASWARAFINASFilem Negara MalaysiaPerbadananKraftangan MalaysiaMuzium NegaraBernamaBalaiSeniLukis NegaraJabatanKebudayaan& Kesenian NegaraIstana BudayaSuruhanjayaKomunikasi Multimedia MalaysiaInstitutPenyiaran& PenyiaranTun Abdul RazakJabatanPenerangan MalaysiaJabatanPenyiaran MalaysiaJASA

Tags

Blog Archive