Pada 31 Julai yang lalu pasukan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengikuti Kursus Celik IT Siri 1. Dalam kursus tersebut kesemua pengawas diberi tunjuk ajar mengenei cara-cara untuk mendaftar akaun Gmail yang telah diselia oleh Cikgu Faoni. Kesemua pengawas diwajibkan mempunyai akaun Gmail bagi memudahkan untuk mengikuti dan juga mengemaskini blog Pusat Sumber Sekolah yang telah dibina sebelum ini.



























