Assalamualaikum dan bertemu kembali....
Hari Jumaat 5 April 2013 merupakan hari gotong royong bagi Pengawas Pusat Sumber Tema2. Seramai 28 orang Pengawas Pusat Sumber Tema2 terlibat secara sukarela dalam
menjayakan program ini.
menjayakan program ini.
Diharap dengan adanya program khidmat masyarakat seperti ini dapat membantu para pelajar dalam membina semangat kerjasama antara mereka. Selain daripada itu juga, program ini dapat memupuk para pelajar untuk menghargai dan menyayangi Pusat Sumber Sekolah bersama.
Beberapa perubahan telah dilakukan dari segi penyusunan bahan bacaan, lokasi meja, kaunter sirkulasi dan ruangan bacaan guru.
Penambahbaikan juga dijalankan dengan menyediakan tambahan 2 meja karel untuk pelajar, ruangan komputer dan Makalah Pengguna.
Pihak pengurusan pusat sumber Tema2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak termasuk guru-guru, para pelajar, kakitangan sekolah dan swasta serta ibu bapa pelajar yang secara tidak langsung memberi kebenaran untuk anak-anak mereka menyertai program ini.
Bersama-samalah kita dalam menjaga dan menaik taraf Pusat Sumber Tema2.


























0 comments:
Catat Ulasan