Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan
memberi salam kepada orang lain.
memberi salam kepada orang lain.
(Riwayat Ahmad)
Huraian
Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Ia juga adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahkan nikmat yang melimpah ruah.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Surah al-Israk: 30).
Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan fizikal (material, intelektual dan lain-lain) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang dan bahagia.
Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut oleh Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi mewujudkan masyarakat yang saling hormat menghormati bersatu padu, dan berkasih sayang serta mengelakkan cara hidup yang bersifat individualistik dan mementingkan diri yang boleh mengakibatkan perpecahan.



























0 comments:
Catat Ulasan