Tuntutan Taubat
Daripada Abu Hurairah RA katanya : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada 70 kali.” Bukhari
Huraian Hadith:
1. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya supaya banyak beristighfar dan bertaubat, kerana
baginda SAW sendiri walaupun tidak berdosa dan merupakan hamba pilihan, baginda bertaubat lebih dari 70 kali sehari.
baginda SAW sendiri walaupun tidak berdosa dan merupakan hamba pilihan, baginda bertaubat lebih dari 70 kali sehari.
2. Setiap induvidu yang melakukan dosa samada dosa kecil atau besar wajiblah bertaubat supaya tidak dikira berterusan melakukan perbuatan dosa itu.
3. Bertaubat dan beristighfar secara berterusan akan menghapuskan dosa yang dilakukan secara tidak disedari.
4. Sebagai hamba Allah kita hendaklah bertaubat dengan mengikut syarat-syarat taubat seperti berikut:
i) Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
ii) Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
iii) Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
iv) Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.



























0 comments:
Catat Ulasan